Thursday, December 25, 2008

Manusia Atau Binatang?

SUNGAI PETANI: Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang panik dan ketakutan selepas melahirkan anak luar nikah dipercayai bertindak kejam dengan menghentak bayi yang baru dilahirkan sehingga mati sebelum mencampaknya ke luar rumah.Sebelum kejadian di Kampung Bujang, Merbok itu, kira-kira 5 petang kelmarin, remaja itu dikatakan berkurung lama di dalam bilik tanpa disedari oleh keluarganya bahawa dia dalam proses melahirkan anak.Bagaimanapun, tembelangnya akhirnya terbongkar apabila bapanya yang meninjau kawasan di belakang rumah mereka menemui satu mayat bayi perempuan dalam keadaan masih bertali pusat.Menurut sumber, bapa remaja yang mengesyaki ia hasil perbuatan anaknya kemudian menyoal remaja terbabit.Katanya, remaja perempuan itu kemudian dikatakan mengakui perbuatan, menyebabkan keluarganya membawa dia dan bayi yang dilahirkan itu ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) u“Bagaimanapun, doktor yang mengendalikan kes itu di HSAH mengesahkan bayi yang dilahirkan cukup bulan itu sudah meninggal dunia.“Siasatan seterusnya mendapati bayi terbabit mati akibat dihentak dengan objek keras sebelum dibuang di belakang rumah.“Remaja terbabit kini ditahan di hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.Difahamkan, ketika disoal siasat, remaja berkenaan mengaku dia bertindak demikian kerana lupa diri akibat terlalu bimbang dengan tindakan bapanya jika mengetahui dia melahirkan anak luar nikah.Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisiner Hashim Ali, yang mengesahkan kejadian itu berkata, remaja perempuan terbabit dirawat di HSAH selepas dibawa oleh bapanya selepas mengetahui perbuatannya.“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran dengan jalan membuang mayat secara sulit, dan jika sabit kesalahan boleh dihukum dua tahun penjara atau denda atau kedua-duanya sekali,”

'Adakah Layak Kita Panggil Dia Seorang Manusia'

Wednesday, December 24, 2008

Merdekakah Kita!!!

Mungkin negara kita saja yang sudah merdeka...merdekakah diri kita?jawapannya ada dalam diri anda sendiri...Kalau diri kita sudah merdeka...mengapa masih ada orang yang suka menindas antara satu sama lain...kenapa tidak kita bersatu kesemua bangsa dan gemparkan seluruh dunia bahawa Malaysia lebih maju daripada negara negara lain...

Lidah Setan!!!

KOTA TINGGI: Khuatir dirinya menghidap penyakit chikungunya selepas terasa sakit sendi, seorang gadis mahu mendapatkan air penawar daripada seorang bomoh yang kononnya mempunyai kepakaran mengubati penyakit misteri secara rawatan tradisional.Namun, kunjungan gadis berusia 19 tahun ditemani teman lelakinya berusia 25 tahun itu kira-kira jam 8 malam kelmarin bertukar menjadi igauan ngeri apabila dicabul bomoh terbabit, termasuk menggunakan lidah.Lebih menjijikkan, bomoh durjana berusia 50 tahun itu dipercayai melakukan perbuatan mengaibkan itu dalam sebuah bilik di hadapan isterinya.Mangsa sebelum itu ditemani teman lelaki dalam perjalanan dari Johor Bahru untuk menghantar adik di Bandar Tenggara kira-kira 43 kilometer dari sini, sebelum kedua-duanya bertolak ke Kluang.
Bagaimanapun, sebelum berlepas ke Kluang, lelaki itu yang bimbang teman wanitanya dijangkiti chikungunya kerana berasa sakit sendi mencadangkan mendapatkan air penawar daripada bomoh terbabit.
Ini kerana lelaki itu pernah ke rumah bomoh terbabit yang mendakwa boleh mengubati penyakit misteri secara rawatan tradisional.Selain itu, bomoh berkenaan yang pernah bekerja sebagai pemandu lori dikenali ramai kerana dikatakan mampu menjalankan kerja menilik nasib dengan bayaran RM5 satu sesi dan membuat ramalan nombor ekor.Difahamkan, sebelum dimulakan sesi rawatan, lelaki itu diminta menunggu di luar, sementara mangsa diminta tinggal sendirian dalam bilik oleh bomoh terbabit yang ditemani isterinya.Mangsa mendakwa pasangan suami isteri itu melakukan kekerasan fizikal terhadapnya apabila ditarik dan dibaringkan ke lantai sebelum suspek melondeh seluar dalam dan mencabulnya.Terkejut dengan insiden itu, mangsa meronta sebelum berjaya meloloskan diri keluar dari bilik itu dan hanya memaklumkan kepada teman lelakinya setibanya di Kluang.Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Osman Muhammad Sebot, mengesahkan menerima laporan daripada mangsa.Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan jika sabit kesalahan boleh dipenjara 10 tahun, sebatan dan denda.“Berikutan laporan itu, polis menahan seorang bomoh berusia 50 tahun dan isterinya berusia 45 untuk membantu siasatan,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini, semalam.Osman berkata, mana-mana mangsa yang pernah dicabul sebelum ini diminta tampil untuk membuat laporan dan membantu siasatan polis.

'Pohonlah Pertolongan Daripada Allah S.W.T. Daripada Kamu Memohon Pertolongan Dari Bomoh'

Tuesday, December 23, 2008

Buang Anak!!!

Anak!anak itu merupakan kurniaan daripada Allah S.W.T.
Tetapi kenapa kita harus mengabaikan mereka...bak kata lain...'BUANG'...Hina sangat ke?
Sedangkan binatang yang tidak tahu berfikir pun tidak pernah membuang anak yang dilahirkan...begitulah kejinya sifat seorang manusia....Fikir dan renungkan...UNTUK SEMUA!!!

Pengkid...Pengkid...Pengkid...

Pengkid...apa yang dimaksudkan dengan perkataan 'Pengkid'?Sejak akhir akhir ini...gejala pengkid semakin berleluasa...kenapa mereka ingin menjadi Lelaki sedangkan mereka dilahirkan dengan cukup sempurna sebagai seorang perempuan...kenapa benda itu boleh terjadi...siapa yang patut dipersalahkan?

A:Mereka Sendiri.
B:Keluarga @ Kenalan Mereka.
C:Kurang Didikan Agama

'Anda Fikirlah Sendiri'